Sunday, November 13, 2011

HARI KOKURIKULUM SKMC 2011

TARIKH : 12 NOVEMBER 2011
MASA   : 8.OO a.m - 12.30 p.m


Hari Kokurikulum SKMC 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan ini yang dirasmikan oleh Pn.Hjh.Rogayah bt Pilus (Guru Besar SKMC). Hari Kokurikulum yang diadakan tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan murid-murid walaupun ia diadakan secara dalaman sahaja. Banyak acara yang telah dijalankan iaitu pertandingan Kawad kaki, pertandingan membina khemah, memasang gajed, memasak dan menghidang serta persembahan. Selain itu, untuk murid-murid tahun 3, pertandingan mewarna telah diadakan.
 Aktiviti-aktiviti dan Pertandingan yang dijalankan :


Pada keseluruhannya, Hari Kokurikulum 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Semoga Hari Kokurikulum akan menjadi salah satu agenda tahunan  SKMC kerana ia adalah satu wacana untuk merapatkan lagi hubungan seluruh warga SKMC.

Wednesday, November 09, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 SKMC telah diadakan pada 4 November 2011 yang lalu. Sambutan tahun ini telah berjalan dengan meriah dan jayanya. Majlis dimulakan dengan perhimpunan di dewan sekolah dan diikuti dengan persembahan yang begitu kreatif dan menarik oleh murid-murid. Antara persembahan yang dipersembahkan  ialah nasyid, tarian, sketsa, balley, gimrama, dan  gesekan biola.
       Selain itu, seramai 10 orang murid sesi pagi dan 10 orang murid sesi petang yang memakai pakaian tradisional yang paling cantik juga turut dipilih untuk dianugerahkan gelaran " Pakaian Tercantik"

Selepas perhimpunan berakhir dan acara persembahan selesai, murid-murid bergerak ke kelas masing-masing dan menikmati jamuan di kelas masing-masing.


Wednesday, September 14, 2011

UPSR 2011 Bermula

UPSR 2011
13 September 2011 - 15 September




Taklimat terakhir daripada guru-guru sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.


Suasana di dalam dewan dan kelas peperiksaan. Semoga kejayaan mengiringi kalian. Amin.

Saturday, August 20, 2011

Kempen Keselamatan Bersama PaperMate

Tarikh : 16 Ogos 2011 ( Selasa )
Tempat : Dewan SKMC


Wakil pihak 'Papermate' memberi ceramah keselamatan dan cara-cara untuk menjaga keselamatan diri. Kemudian, beberapa soalan kuiz diajukan kepada murid-murid. Siapa yang berjaya menjawab dengan betul..hah, dapat hadiah.



Terima Kasih ' Papermate'

Sebelum wakil 'Papermate' pulang, sesi tukar pen lama dengan pen 'Papermate' telah berlangsung. Murid-murid begitu teruja kerana mereka mendapat pen secara percuma apabila menukar dengan pen yang sudah tiada dakwat.
Terima Kasih Papermate....datang lagi ke SKMC.

Monday, August 15, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN ke- 54

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54 peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Ogos 2011.









Saturday, August 13, 2011

Sihat Bersama Milo






Pada 15 Julai 2011, Milo telah berkunjung ke SKMC untuk program "Sihat Bersama Milo". Semua murid tahap dua telah terlibat dengan program tersebut. Antara aktiviti yang diadakan oleh pihak Milo adalah ceramah kesihatan, kuiz dan beberapa jenis permainan. Murid-murid telah mendapat pelbagai info berguna tentang pemakanan seimbang dan cara menjaga kesihatan diri.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Milo dan berharap mereka akan datang lagi pada tahun hadapan.

Monday, July 18, 2011

LADAP

Tarikh : 16 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.00 a.m. hingga 2.00 p.m.
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Tekun menyiapkan movie maker masing-masing



Tunjuk ajar oleh Pn. NorHashimah Hashim...
Dengar baik-baik taklimat dan penerangan daripada Pn. NorHashimah.