SEJARAH SEKOLAH


SK Marian Convent, Jalan Tambun (sekarang Jalan Raja Dihilir) ini diasaskan daripada "Convent Of The Holy Infant Jesus" yang bertempat di SRK Main Convent, Brewster Road, (Jalan Sultan Idris Shah) Ipoh.

Pada bulan Januari 1957, SK Marian Convent mula ditubuhkan sebagai sekolah cawangan daripada SRK Convent yang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang begitu ramai.

SK Marian Convent telah ditumpangkan pada sesi petang di SRJK(C) Ave Maria, Jalan Chung Thye Phin, Ipoh.

Seramai 560 orang murid dan 17 orang gurunya telah ditempatkan di sekolah tersebut.

'Mother Superior' untuk Convent di Ipoh pada masa itu ialah Reverand Mother Pauline

Bangunan baru SK. Marian Convent di Jalan Tambun siap dibina pada tahun 1957.

Ketika itu sekolah ini mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah bilik guru, sementara pejabat sekolahnya masih lagi terletak di SRK Main Convent.

Nama 'Marian' diberi sempena nama Ibu Nabi Isa dan pihak Convent meletakkan sekolah ini di bawah jagaannya.

 'Lady Superior Of The Society Of St. Muar' ialah pengasas sekolah ini, manakala tapak seluas 4.8 ekar dan bangunan sekolah ini adalah sumbangan daripada kumpulan wang elaun 'Sisters' di samping wang sebanyak RM17,550 yang diberikan oleh kerajaan.

Puan Henry Paul menjadi Pemangku Guru Besar sekolah ini pada tahun 1957 dan 1958.

Guru Besar yang pertama dilantik ialah Sister Winifred pada tahun1959 -1970.

Pada tahun 1965, untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah, bangunan tambahan telah dibina.

Bangunan baru itu terdiri daripada sebuah dewan dan sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menempatkan 6 buah bilik darjah lagi.

Guru Besar kedua ialah Puan Henry Paul yang bertugas dari tahun 1971-1976.

Apabila beliau bersara, Puan Angeline Loh Cheng Hai memegang tugas Guru Besar buat sementara sehingga Cik Chong Suan Choo dilantik sebagai Guru Besar yang ketiga pada tahun 1977.

Pada tahun 1982, sekolah ini telah menyambut Perayaan Jubli Perak dengan bangganya.

Cik Chong Suan Choo bersara pada bulan Mac 1990.

Puan Hajjah Kathom bt. Abdul Rashid telah memulakan tugas sebagai Guru Besar keempat bagi sekolah ini pada bulan Julai 1990 sehingga November 1996.

Guru Besar pada masa kini ialah Puan Hajjah Rogayah bt. Pilus, yang telah mula berkhidmat di sekolah ini sejak 1 Disember 1996.

SK Marian Convent kini semakin maju dan meningkat bukan sahaja dalam bidang kurikulum malahan dalam bidang keceriaan, kesahsiahan dan juga kokurikulum.

Harapan kami agar sekolah ini akan terus mencapai kecemerlangan dan berjaya mendidik dan membimbing murid-murid menghadapi cabaran wawasan 2020 dengan jayanya.