Wednesday, November 09, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 SKMC telah diadakan pada 4 November 2011 yang lalu. Sambutan tahun ini telah berjalan dengan meriah dan jayanya. Majlis dimulakan dengan perhimpunan di dewan sekolah dan diikuti dengan persembahan yang begitu kreatif dan menarik oleh murid-murid. Antara persembahan yang dipersembahkan  ialah nasyid, tarian, sketsa, balley, gimrama, dan  gesekan biola.
       Selain itu, seramai 10 orang murid sesi pagi dan 10 orang murid sesi petang yang memakai pakaian tradisional yang paling cantik juga turut dipilih untuk dianugerahkan gelaran " Pakaian Tercantik"

Selepas perhimpunan berakhir dan acara persembahan selesai, murid-murid bergerak ke kelas masing-masing dan menikmati jamuan di kelas masing-masing.


No comments: