Wednesday, July 03, 2013

Majlis Tautan Mesra SKMC & Gwangju National University of Education Korea Dengan Kerjasama UPSI.

Hari : Selasa
Tarikh : 2 Julai 2013
Tempat : SKMC
Peserta Korea : 12 orang
Wakil UPSI : 8 orang
Wakil PPD : 2 orang
1. Encik Fazul bin Yusof - Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
2. Encik Nik Mohd Ashraf bin Raja Berahim - Penolong PPD Bahasa Melayu (SR)




Bergambar kenangan di hadapan pejabat sekolah sejurus turun dari bas.

Sebahagian murid SKMC bergambar bersama pelajar-pelajar Gwangju University.

Wakil PPD dan Puan Guru Besar, Hjh Rogayah bt Pilus, bersama wakil dari UPSI.


Sebahagian guru SKMC yang ceria menerima kedatangan tetamu dari Korea dan UPSI.

Sebahagian lagi guru yang turut sama memeriahkan majlis sambutan tetamu dari Korea.

Murid-murid yang begitu teruja...bagaikan menyambut 'artis' K-Pop....

Persembahan tarian Lodeh Mak Lodeh sebagai pembuka majlis. 

Wakil PPD dan wakil UPSI bersama Puan Hjh Rogayah bt Pilus.

Persembahan tarian Bangra daripada murid pelbagai bangsa.

Tarian Kipas mewakili persembahan kaum Cina oleh murid-murid Tahap 1.

Dhania Lakhsmi menyampaikan cerita yang telah menjadi Johan dalam
 Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak.

Peserta Korea ini begitu asyik menyaksikan persembahan...

Tarian K-Pop yang turut sama disertai oleh peserta Korea ini merupakan
tarian yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia masa kini.

Bergambar kenangan seusai persembahan tamat.

Peserta dari Korea cuba bermain congkak.

Pandai mereka bermain batu seremban...


Sesi membuat rojak buah.

Ceria selepas dapat makan rojak buah...

Menerima cenderamata kenangan daripada pihak SKMC.

Lambaian sebelum berangkat pulang... Moga dapat bertemu kembali...