Wednesday, February 29, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK ULU KENAS

Tarikh : 25 Februari 2012
Hari :  Sabtu
Peserta  : 40 orang guru dan wakil PIBG serta 8 orang murid
Puan Hajjah Rogayah binti Pilus( GB ) menyambut ketibaan para tetamu dengan mesra

Salam mesra.....
Persembahan gimrama disajikan sebagai persembahan.





Para tetamu mendengar taklimat daripada Guru Besar


Menandatangani buku pelawat
Sesi ramah mesra bersama Ketua Panitia



Monday, February 27, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN SOFBAL

TARIKH   :  24 / 2 / 2012
MASA  :  3.00 - 5.30 PETANG
TEMPAT  :  PADANG SEK. KEB. PAKATAN JAYA
KEPUTUSAN : ( 37 - 5 )
GURU PENGIRING : PN. NOORAIDA BT ZAINUDIN
                                     CIK NOORSHAZWANI BT MOHD FAUZI
                                     PN. SAPLIAH BT ARUK


 

SEDIKIT PENERANGAN DARIPADA PENGADIL SEBELUM PERLAWANAN BERLANGSUNG


GAYA SALAH SEORANG PEMAIN HARAPAN MARIAN











SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Tarikh  : 24 Februari 2012
Hari     : Jumaat
Tempat: Dewan Sekolah

     Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat ( 24.2.2012) dengan jayanya. Acara bermula dengan perarakan murid-murid sambil berselawat yang disertai oleh semua murid Islam tahap 2 dan guru-guru. 


Persembahan nasyid daripada murid-murid tahun 5 sebelum ceramah dimulakan sebagai halwa telinga.


Ceramah Maulidur Rasul  telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Saidi b. Mohd Ali dari Kolej Matrikulasi Gopeng.
Persembahan deklamasi sajak oleh adik Nurul Fatin Izzah( 6 Mawar ) dan Fatin Afifah ( 5 Kenanga) telah menutup tirai Majlis Maulidur Rasul pada tahun ini.

Thursday, February 23, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011

Tarikh   :  18 Februari 2012
Hari      :   Sabtu
Tempat : Dewan Sekolah
Perasmi: YB Dato' Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah
                ( wakil Setiausaha Menteri Kewangan Ke-2 Malaysia, YB Dato' Hj. Aminuddin bin Mat Hanafiah )


Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Jemputan Kehormat, guru-guru, ibu bapa, para hadirin dan murid-murid.

Jemputan Kehormat:
1. YB Dato' Seri Ahmad Husni b. Hanadzlah
(Wakil YB Dato' Hj. Aminuddin b. Mat Hanafiah)
2. Dato' Hj. Roshidi b. Hashim
(Datuk Bandar Ipoh, YDP PIBG SKMC)
3. Tuan Hj. Mar Azlan b. Amran
(Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara)
4. Barisan AJK PIBG SKMC











Penerima Hadiah
Hadiah telah diberikan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR iaitu mendapat 5A, murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (PKS), Cemerlang Matapelajaran, Lonjakan Saujana( peningkatan terbanyak ), Anugerah Nilam dan anugerah Khas Kokurikulum. Semua anugerah ini deberikan  sebagai menghargai segala usaha murid-murid serta menghargai murid-murid seterusnya menjadi pembakar semangat untuk terus cemerelang.







Tokoh-Tokoh Murid 2011




 Tokoh Kokurikulum : Arisha bt Roslan

 Tokoh Sahsiah : Chin Yee Khei
Tokoh Murid : Elya Nur Dini bt Dato' Hj Roshidi
Antara penerima hadiah cemerlang akademik





Murid-murid 5A UPSR 2011







Beberapa persembahan ditontonkan kepada semua tetamu sebagai selingan dan hiburan.





Persembahan Koir Puteri Marian  sebagai pembuka tirai






Persembahan Gimrama

Persembahan Ilqa' Halaqi





Tarian Selamat Datang
Tarian Rumba