Sunday, November 13, 2011

HARI KOKURIKULUM SKMC 2011

TARIKH : 12 NOVEMBER 2011
MASA   : 8.OO a.m - 12.30 p.m


Hari Kokurikulum SKMC 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan ini yang dirasmikan oleh Pn.Hjh.Rogayah bt Pilus (Guru Besar SKMC). Hari Kokurikulum yang diadakan tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan murid-murid walaupun ia diadakan secara dalaman sahaja. Banyak acara yang telah dijalankan iaitu pertandingan Kawad kaki, pertandingan membina khemah, memasang gajed, memasak dan menghidang serta persembahan. Selain itu, untuk murid-murid tahun 3, pertandingan mewarna telah diadakan.
 Aktiviti-aktiviti dan Pertandingan yang dijalankan :


Pada keseluruhannya, Hari Kokurikulum 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Semoga Hari Kokurikulum akan menjadi salah satu agenda tahunan  SKMC kerana ia adalah satu wacana untuk merapatkan lagi hubungan seluruh warga SKMC.

Wednesday, November 09, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 SKMC telah diadakan pada 4 November 2011 yang lalu. Sambutan tahun ini telah berjalan dengan meriah dan jayanya. Majlis dimulakan dengan perhimpunan di dewan sekolah dan diikuti dengan persembahan yang begitu kreatif dan menarik oleh murid-murid. Antara persembahan yang dipersembahkan  ialah nasyid, tarian, sketsa, balley, gimrama, dan  gesekan biola.
       Selain itu, seramai 10 orang murid sesi pagi dan 10 orang murid sesi petang yang memakai pakaian tradisional yang paling cantik juga turut dipilih untuk dianugerahkan gelaran " Pakaian Tercantik"

Selepas perhimpunan berakhir dan acara persembahan selesai, murid-murid bergerak ke kelas masing-masing dan menikmati jamuan di kelas masing-masing.