Monday, June 27, 2011

Kejohanan Sukan dan Balapan SKMC kali ke-44


Tarikh : 24 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SKMC kali ke-44 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan tersebut telah diadakan secara dalaman. Tahniah kepada seluruh warga SKMC.

Puan Hajjah Rogayah Binti Pilus, Guru Besar SKMC menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang. Beliau berharap agar murid-murid mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam acara yang dipertandingkan di samping meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid.
Acara perbarisan dimulakan dengan perarakan masuk pembawa-pembawa bendera diikuti oleh pasukan unit uniform dan seterusnya peserta-peserta rumah sukan.
Warna-warni yang menceriakan Kejohanan kali ini. Setiap rumah sukan membuat persiapan masing-masing untuk memenangi "Acara Perbarisan Terbaik". Sekalung tahniah kepada pasukan rumah Merah kerana memenangi "perbarisan terbaik". Teruskan usaha dan untuk Pasukan Rumah Sukan yang lain, jangan berputus asa, tingkatkan usaha dan cuba lagi tahun hadapan.
Bagi " Olahragawati 2011" , anugerah tersebut telah dinobatkan kepada Nur Sabrina bt Zulkarnain dari Rumah Biru. Tahniah.