Saturday, August 13, 2011

Sihat Bersama Milo






Pada 15 Julai 2011, Milo telah berkunjung ke SKMC untuk program "Sihat Bersama Milo". Semua murid tahap dua telah terlibat dengan program tersebut. Antara aktiviti yang diadakan oleh pihak Milo adalah ceramah kesihatan, kuiz dan beberapa jenis permainan. Murid-murid telah mendapat pelbagai info berguna tentang pemakanan seimbang dan cara menjaga kesihatan diri.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Milo dan berharap mereka akan datang lagi pada tahun hadapan.

Monday, July 18, 2011

LADAP

Tarikh : 16 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.00 a.m. hingga 2.00 p.m.
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Tekun menyiapkan movie maker masing-masing



Tunjuk ajar oleh Pn. NorHashimah Hashim...
Dengar baik-baik taklimat dan penerangan daripada Pn. NorHashimah.



Wednesday, July 13, 2011

Hari Terbuka 2011



Tarikh : 30 Jun 2011
Hari : Khamis

Waris melihat keputusan pelajar dan berbincang dengan guru kelas.



Perbincangan untuk meningkatkan prestasi anak agar lebih cemerlang.


Menunggu giliran dengan penuh kesabaran.....



Aktiviti bersama murid di dalam kelas sementara ibu bapa mengambil keputusan anak-anak untuk murid-murid sesi petang.




Tuesday, July 05, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan...

Tarikh : 2 Julai 2011 ( Sabtu )
Tempat : SKMC
Penyertaan : Semua guru dan murid



Monday, June 27, 2011

Kejohanan Sukan dan Balapan SKMC kali ke-44


Tarikh : 24 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SKMC kali ke-44 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan tersebut telah diadakan secara dalaman. Tahniah kepada seluruh warga SKMC.

Puan Hajjah Rogayah Binti Pilus, Guru Besar SKMC menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Balapan dan Padang. Beliau berharap agar murid-murid mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam acara yang dipertandingkan di samping meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid.
Acara perbarisan dimulakan dengan perarakan masuk pembawa-pembawa bendera diikuti oleh pasukan unit uniform dan seterusnya peserta-peserta rumah sukan.
Warna-warni yang menceriakan Kejohanan kali ini. Setiap rumah sukan membuat persiapan masing-masing untuk memenangi "Acara Perbarisan Terbaik". Sekalung tahniah kepada pasukan rumah Merah kerana memenangi "perbarisan terbaik". Teruskan usaha dan untuk Pasukan Rumah Sukan yang lain, jangan berputus asa, tingkatkan usaha dan cuba lagi tahun hadapan.
Bagi " Olahragawati 2011" , anugerah tersebut telah dinobatkan kepada Nur Sabrina bt Zulkarnain dari Rumah Biru. Tahniah.

Sunday, May 29, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin 2011

Tarikh : 9 April 2011, 16 April 2011, 23 April 2011
Tempat : Kolej Komuniti Pasir Salak
Penyertaan : Pembimbing Rakan Sebaya, Pengewas Sekolah, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas




Monday, May 23, 2011

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2011

40 orang murid dan 10 orang guru pengiring berada di Stadium Ipoh seawal 6.00 petang untuk program "Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia "


Persembahan akrobatik daripada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang sungguh menarik.




Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia bermula selepas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Sri DiRaja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin merasmikan majlis.







Pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ), seramai 40 orang murid dan 10 orang guru pengiring telah menyertai "Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia" semasa majlis Perasmian MSSM di Stadium Ipoh.Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia terbanyak. 10,845 Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia telah menerangi segenap ruang stadium dan menghiasi persada majlis yang menjadi lambang kekuatan dan kemegahan warga Malaysia. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid!