Monday, May 23, 2011

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2011

40 orang murid dan 10 orang guru pengiring berada di Stadium Ipoh seawal 6.00 petang untuk program "Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia "


Persembahan akrobatik daripada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang sungguh menarik.




Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia bermula selepas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Sri DiRaja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin merasmikan majlis.







Pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ), seramai 40 orang murid dan 10 orang guru pengiring telah menyertai "Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia" semasa majlis Perasmian MSSM di Stadium Ipoh.Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia terbanyak. 10,845 Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia telah menerangi segenap ruang stadium dan menghiasi persada majlis yang menjadi lambang kekuatan dan kemegahan warga Malaysia. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid!










1 comment:

nuun said...

tahniah kepada murid-murid dan guru-guru pengiring atas komitmen yang diberikan... syabas sekali lagi