Monday, February 27, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Tarikh  : 24 Februari 2012
Hari     : Jumaat
Tempat: Dewan Sekolah

     Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat ( 24.2.2012) dengan jayanya. Acara bermula dengan perarakan murid-murid sambil berselawat yang disertai oleh semua murid Islam tahap 2 dan guru-guru. 


Persembahan nasyid daripada murid-murid tahun 5 sebelum ceramah dimulakan sebagai halwa telinga.


Ceramah Maulidur Rasul  telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Saidi b. Mohd Ali dari Kolej Matrikulasi Gopeng.
Persembahan deklamasi sajak oleh adik Nurul Fatin Izzah( 6 Mawar ) dan Fatin Afifah ( 5 Kenanga) telah menutup tirai Majlis Maulidur Rasul pada tahun ini.

1 comment:

ABB 2086 said...

tahniah kepada semua warga skmc