Thursday, November 18, 2010

PERSARAAN PN HJH MAIMUNAH






Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Hjh Maimunah bt Azit di atas perkhidmatan beliau selama ini di Sekolah SK Marian Convent, Ipoh.

Beliau merupakan seorang guru yang optimis, berketrampilan tinggi, prihatin dan penyayang, seiring dengan tugas beliau sebagai penolong kanan pentadbiran. Jasa beliau amat kami hargai dan sanjungi. Sepanjang khidmat beliau di sini, beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sekali lagi jutaan terima kasih kami ucapkan. Terlalu banyak pengorbanan, ilmu dan kenangan serta jasa beliau kepada sekolah SKMC. Semoga beliau terus menyumbangkan bakti walau di mana beliau berada dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin.

`Kami sayangkan kak munahhhh........ :'(

No comments: