Wednesday, May 20, 2009

HARI PERSARAAN PN MAIMON BT OTHMAN


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Maimon bt Othman di atas perkhidmatan beliau selama ini di Sekolah SK Marian Convent, Ipoh.

Beliau merupakan seorang guru yang tegas dan bersahaja seiring dengan tugas beliau sebagai penolong kanan hal ehwal murid. Jasa beliau amat kami hargai dan sanjungi. Sepanjang khidmat beliau di sini, beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sekali lagi jutaan terima kasih kami ucapkan. Semoga beliau terus menyumbangkan bakti walau di mana beliau berada.

15 mei 2009

Sunday, April 26, 2009

KURSUS LDP






Kursus LDP diadakan pada 25 April 2009, hari Sabtu di Pusat Sumber SK Marian Convent, Ipoh. Kursus LDP ini dijalankan selama 6 jam iaitu dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Antara pengisian LDP adalah mengenai penggunaan Eduwebtv, pembinaan blog dan permainan PPSMI

Saturday, March 07, 2009

UJIAN BULAN MAC 2009





Ujian bulan Mac akan dijalankan pada 24 & 25 Mac 2009. Iaitu selepas cuti sekolah selama seminggu dibuka. Kepada cikgu-cikgu selamat membuat soalan..and for student...good luck ok ;)

Tuesday, February 24, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & HARI KESENIAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH ZON C,
DAERAH KINTA UTARA
2009

TARIKH
4 MAC 2009 (7 RABIUL AWAL 1430 H)

HARI
RABU

MASA
7.30 AM - 1.30 PM

TEMPAT
SK MARIAN CONVENT, IPOH

Tuesday, February 17, 2009

MAJLIS HARI ANUGERAH





Alhamdulillah majlis Hari Anugerah telah berlalu. Gambar dan kenangan manis bagi warga Marian khususnya murid yang berjaya menerima anugerah pada hari tersebut pasti akan menjadi kenangan terindah. Lantaran itu, kepada murid yang berminat untuk membeli gambar, bolehlah menghubungi Cik Mardzuani melalui telefon atau YM bagi proses pesanan dan pembelian. Harap maklum :)

Tuesday, February 10, 2009

UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik akan dijalankan selama 2 hari iaitu 11 February 2009 - 12 February 2009
Good luck for all student and for teachers, dengan ucapan...`selamat marking paper'.....hehehehe :)

Wednesday, January 21, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
2008


SK MARIAN CONVENT

TARIKH
23 JANUARI 2009

HARI
JUMAAT

MASA
7.30 AM

TEMPAT
DEWAN SEKOLAH

PERASMIAN
YANG BERUSAHA TUAN SAID BIN MANAP ,AMN.,AMP.
PPD KINTA UTARA


Tahniah kepada para pememnang anugerah bagi tahun 2008 dan sekalung terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini :)