Showing posts with label SEJARAH SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH SEKOLAH. Show all posts

Monday, November 24, 2008

SEJARAH RINGKAS

1957 – SK Marian Convent ditubuhkan

1959 – Guru Besar pertama dilantik Sister Winifred

1965 – Bangunan tambahan dibina

1971 – Guru Besar kedua dilantik (Sister Henry Paul)

1976 - Guru Besar Ketiga (Cik Chong Suan Choo)

1982 – Perayaan Jubli Perak

1990 – Guru Besar Keempat (Pn Hjh Kalthom Bt Abd Rashid)

1996 – Guru Besar Kelima (Pn Hjh Rogayah Bt Pilus)

2007 – Perayaan Jubli Emas

2008 - Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan

SEJARAH SEKOLAH




S.K. Marian Convent, Jalan Tambun (sekarang Jalan Raja Dihilir) ini diasaskan daripada “Convent Of The Holy Infant Jesus” yang bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Main Convent, Jalan Brewster Road, (Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh).

Pada bulan Januari 1957, S.K. Marian Convent mula ditubuhkan sebagai sekolah cawangan daripada S.R.K. Convent yang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang begitu ramai.

S.K. Marian Convent telah ditumpangkan pada sesi petang di SRJKC Ave Maria, Jalan Chung Thye Phim, Ipoh. Seramai 560 orang murid dan 17 orang gurunya telah ditempatkan di sekolah tersebut. ‘Mother Superior’ untuk Convent di Ipoh pada masa itu ialah Reverand Mother Pauline.

Bangunan baru S.K. Marian Convent di Jalan Tambun siap dibina pada tahun 1957. Ketika itu sekolah ini mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah bilik guru, sementara pejabat sekolahnya masih lagi terletak di S.R.K. Main Convent.

Nama ‘Marian’ diberi sempena nama Ibu Nabi Isa dan pihak Convent meletakkan sekolah ini di bawah jagaannya. ‘Lady Superior Of The Society Of St. Muar’ ialah pengasas sekolah ini, manakala tanah tapak seluas 4.8 ekar dan bangunan sekolah ini adalah sumbangan daripada kumpulan wang elaun ‘Sisters’ di samping wang sebanyak RM17,550 yang diberikan oleh kerajaan.

Puan Henry Paul menjadi Pemangku Guru Besar sekolah ini pada tahun 1957 dan 1958. Guru Besar yang pertama dilantik ialah Sister Winifred pada tahun 1959-1970. Pada tahun 1965, untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah, bangunan tambahan telah dibina. Bangunan baru itu terdiri daripada sebuah dewan dan sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menempatkan 6 buah bilik darjah lagi.

Guru Besar kedua ialah Puan Henry Paul yang bertugas dari tahun 1971-1976. Apabila beliau bersara, Puan Angeline Loh Cheng Hai memegang tugas Guru Besar buat sementara sehingga Cik Chong Suan Choo dilantik sebagai Guru Besar yang ketiga pada tahun 1977.

Pada tahun 1982 sekolah ini telah menyambut Perayaan Jubli Perak dengan bangganya. Cik Chong Suan Choo bersara pada bulan Mac 1990. Puan Hajah Kalthom bt Abdul Rashid telah memulakan tugas sebagai Guru Besar keempat bagi sekolah ini pada bulan Julai 1990 sehingga November 1996.

Guru Besar pada masa kini ialah Pn. Hjh. Rogayah bt Pilus mula berkhidmat di sekolah ini sejak 1hb. Disember 1996.

S. K. Marian Convent kini semakin maju dan meningkat bukan sahaja dalam bidang kurikulum, malahan dalam bidang keceriaan, kesahsiahan dan juga kokurikulum. Harapan kami agar sekolah ini akan terus mencapai kecemerlangan dan berjaya mendidik dan membimbing murid-murid menghadapi cabaran wawasan 2020 dengan jayanya.