Wednesday, November 26, 2008
Tuesday, November 25, 2008
PROFIL SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Marian Convent merupakan sekolah bantuan modal yang telah ditubuhkan pada tahun 1957. Sekolah ini baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 (Jubli Emas) setahun yang lalu. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum dan kesemuanya adalah murid perempuan. Tenaga pengajar dan staf sokongannya juga terdiri daripada kaum wanita. Melalui semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dan komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan antara semua warga sekolah merupakan pemangkin dan seterusnya menjana sekolah ini menjadi sekolah yang tersohor bukan sahaja di daerah Kinta malahan di negeri Perak.
‘Kalau tak kenal, maka tak cinta’ .Pepatah itu seakan-akan sinonim dengan SK Marian Convent kerana ramai ibubapa memohon untuk menempatkan anak mereka di sekolah ini. Kecemerlangannnya dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah memberi impak yang positif terhadap reputasinya, hatta sekolah ini telah dinobatkan sebagai sekolah yang mempunyai pencapaian UPSR yang cemerlang dengan pencapaian melebihi 95% selama sepuluh tahun berturut-turut.
Menjadi hasrat SK Marian Convent melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek . Sehubungan itu kegiatan ko-kurikulum sekolah ini juga tidak kurang hebatnya. Jesteru itu sekolah ini telah menerima anugerah Insentif Sukan Negeri kerana telah melahirkan atlit yang paling ramai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutama sekali bagi sukan boling dan gimrama. Persatuan Pengakap sekolah juga telah berjaya dipilih menyertai Jambori Pengakap Peringkat Kebangsaan.
Dalam usaha menggapai hasrat membangunkan modal insan yang berkeupayaan , berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan berdisiplin tinggi serta mempunyai keperibadian yang unggul SK Marian Convent telah berjaya memantapkan disiplin apabila terbukti indeks disiplin sekolah ini berada di tahap yang paling rendah selaras dengan motto sekolah “Marian Indah, Murid Terserlah”. Penglibatan keseluruhan warga sekolah, ibu bapa, agensi luar dan komuniti setempat telah berjaya mewujudkan budaya semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan semua pihak. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus juga merupakan faktor utama yang melonjakkan kecemerlangan sekolah ini di tahap yang membanggakan.
MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 6 (2008)
FALSAFAH
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH
Tulus dan Fadhilah (Simple in Virtue)
Manusia dengan makhluk yang sempurna yang boleh dididik berkemampuan untuk belajar dan mencapai ketinggian akhlak.
Pembelajaran, keupayaan pembelajaran dan prestasi seseorang murid itu bukannya berpunca daripada sifat semulajadinya melainkan dengan didikan dan bimbingan yang sistematik.
Monday, November 24, 2008
SENARAI MURID MENDAPAT 5A UPSR 2008 - TAHNIAH :)
AHRCHANA A/P MOHAN |
AINA BT ABDUL RAHMAN |
AMANDA LEE JIA YING |
ANGELA CHEN AUN KEI |
ANI ZULSYAZANA BT MOHD ZULKIFLI |
ANMOAL KAUR RANDHAWA A/P AJIT SINGH |
AUDREY YEOW YEE KENG |
CASSANDRA NICOLE MONTEIRO |
CHANDRALEKA A/P ANANTHA RAJ |
CHEAH QIAN YI |
CHEW CHI TUNG |
CHONG DEE NA |
CHONG ERNNI |
CHOW KHEY WEY |
CHU PUI MUN |
DIANE SHAARMILA A/P P. JERALD CHARLES |
DIVYA RUBINY A/P CHITTRAN |
FARHANA HAZWANI BT MOHD SALLEH REHAD |
FATIN NABILA BT MOHD ANUAR |
FILZATI BT ABD RAHMAN |
GOH KWONG LENG |
GOON MUN MIN |
HANIS BINTI AZMI |
HARCHANA DEVI A/P ANNATHURAI |
HASVINEE A/P SUNDARAJOO |
HILLARY CHRISTENSEN HO ZHEN HUI |
HOOI ZI MUN |
INTAN NOR ALIA BT MAHDZIR |
KARTINEE A/P MAGESWARAN |
KAVIETHA A/P PARAMSIVAN |
KU NURLAILA ZAKIRAH BT KU YAACOB |
LEE PUI YAN |
LINGKESWARY A/P J.JEYAKUMARAN |
MAGDALENE A/P ASEERVATHAM |
MICHAELA ANGELINA LEONG |
MICHEAL CHONG AIE YEE |
MICHELLE CHONG KAR YEE |
MITHELY A/P CHELLADURAI |
NADIAH BT ABDUL SALAM L. WILLIAM |
NANTHINI A/P G. RAGU |
NATASHA AIDA BT ZULKIFLI |
NICOLE FONG WAN JUNE |
NIK NOOR AMANINA BINTI AZMAN |
NUR DIANA BALQIS BINTI ABDUL AZIZ |
NUR FARAHIN BINTI SAMSOL AZMAN |
NURFAIZAH BINTI MOHAMAD |
NURUL ATIRAH BT MOHAMED JEFFERI |
NURZAMILA ELYNA BINTI MUHAMMAD ZAKI |
ONG YEE LYN |
PINKY TANG PINK KYI |
PUTERI NURDIANA NABILA BINTI MAHDI |
RETHNAA A/P MUNIANDY |
RUBASHIRI A/P B. NITHIYANANTHAN |
SABRINA MARIE STEPHEN |
SHAMEEM BINTI AMERUDIN |
SHARIFAH HUSNA BT SYED ZAINAL YUSSOF |
SHIVANI A/P SIVANESAN |
SITI FASEHAH BINTI ABDUL HALIM |
SIVESHA A/P CHANDRAN |
SUEANN CHAI LEE CHEN |
TAN YOKE TENG JUDITH |
UMMULQISTINA AQILAH BT JEFFARY |
WAN SARAANNISA BT MOHD RIDZUAN |
WONG FOONG YEE |
YAP YUN TENG |
65 orang berjaya mendapat 5A | |
TAHNIAH
SEJARAH RINGKAS
1957 – SK Marian Convent ditubuhkan
1959 – Guru Besar pertama dilantik Sister Winifred
1965 – Bangunan tambahan dibina
1971 – Guru Besar kedua dilantik (Sister Henry Paul)
1976 - Guru Besar Ketiga (Cik Chong Suan Choo)
1982 – Perayaan Jubli Perak
1990 – Guru Besar Keempat (Pn Hjh Kalthom Bt Abd Rashid)
1996 – Guru Besar Kelima (Pn Hjh Rogayah Bt Pilus)
2007 – Perayaan Jubli Emas
2008 - Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan
SEJARAH SEKOLAH
S.K. Marian Convent, Jalan Tambun (sekarang Jalan Raja Dihilir) ini diasaskan daripada “Convent Of The Holy Infant Jesus” yang bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Main Convent, Jalan Brewster Road, (Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh).
Pada bulan Januari 1957, S.K. Marian Convent mula ditubuhkan sebagai sekolah cawangan daripada S.R.K. Convent yang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang begitu ramai.
S.K. Marian Convent telah ditumpangkan pada sesi petang di SRJKC Ave Maria, Jalan Chung Thye Phim, Ipoh. Seramai 560 orang murid dan 17 orang gurunya telah ditempatkan di sekolah tersebut. ‘Mother Superior’ untuk Convent di Ipoh pada masa itu ialah Reverand Mother Pauline.
Bangunan baru S.K. Marian Convent di Jalan Tambun siap dibina pada tahun 1957. Ketika itu sekolah ini mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah bilik guru, sementara pejabat sekolahnya masih lagi terletak di S.R.K. Main Convent.
Nama ‘Marian’ diberi sempena nama Ibu Nabi Isa dan pihak Convent meletakkan sekolah ini di bawah jagaannya. ‘Lady Superior Of The Society Of St. Muar’ ialah pengasas sekolah ini, manakala tanah tapak seluas 4.8 ekar dan bangunan sekolah ini adalah sumbangan daripada kumpulan wang elaun ‘Sisters’ di samping wang sebanyak RM17,550 yang diberikan oleh kerajaan.
Puan Henry Paul menjadi Pemangku Guru Besar sekolah ini pada tahun 1957 dan 1958. Guru Besar yang pertama dilantik ialah Sister Winifred pada tahun 1959-1970. Pada tahun 1965, untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah, bangunan tambahan telah dibina. Bangunan baru itu terdiri daripada sebuah dewan dan sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menempatkan 6 buah bilik darjah lagi.
Guru Besar kedua ialah Puan Henry Paul yang bertugas dari tahun 1971-1976. Apabila beliau bersara, Puan Angeline Loh Cheng Hai memegang tugas Guru Besar buat sementara sehingga Cik Chong Suan Choo dilantik sebagai Guru Besar yang ketiga pada tahun 1977.
Pada tahun 1982 sekolah ini telah menyambut Perayaan Jubli Perak dengan bangganya. Cik Chong Suan Choo bersara pada bulan Mac 1990. Puan Hajah Kalthom bt Abdul Rashid telah memulakan tugas sebagai Guru Besar keempat bagi sekolah ini pada bulan Julai 1990 sehingga November 1996.
Guru Besar pada masa kini ialah Pn. Hjh. Rogayah bt Pilus mula berkhidmat di sekolah ini sejak 1hb. Disember 1996.
S. K. Marian Convent kini semakin maju dan meningkat bukan sahaja dalam bidang kurikulum, malahan dalam bidang keceriaan, kesahsiahan dan juga kokurikulum. Harapan kami agar sekolah ini akan terus mencapai kecemerlangan dan berjaya mendidik dan membimbing murid-murid menghadapi cabaran wawasan 2020 dengan jayanya.